Powered By Blogger

Monday, 30 October 2017

“MAK AYAH TOLONG LAH PANTAU URINARY ANAK, JANGAN LAH JADI MACAM KAMI..”

“Mak Ayah Tolong Pantau Proses Perkumuhan Anak2 Anda!, Jangan Jadi Macam Kami” – Maizatul Akmal



Jadi mak ayah setiap perkembangan dan tumbesaran anak-anak haruslah dipantau, termasuklah pada bahagian sensitif dan sistem perkumuhan/ urinari mereka.Harus jadi mak ayah yang lebih peka dengan setiap aduan mahupun ketidakselesaan anak pada bahagian ini.Jika anak dah mula mengadu atau merengek nangis, pasti ada yang tak kena dan jangan ambil mudah dengan aduan tesebut.

Semoga perkongsian pengalaman anak Puan Maizatul Akmal Abdullah Zawawi yang mengalami Phimosis ini menjadi pengajaran & ilmu berguna buat mak ayah semua.
Berikut antara perkongian beliau;
Muhammad Amsyar Anaqi & PHIMOSIS
First and foremost, tolong jangan salah paham. Post ni bertujuan untuk sebarkan ilmu sesama umat…bukan berunsur lucah.. And post aku kali ni memang sangat panjang. Sapa rasa nak tambah ilmu sila la baca..sapa tak mau aku tak kisah. Ini sekadar perkongsian.
What is Phimosis?
“Phimosis is a condition where the foreskin is too tight to be pulled back over the head of the penis (glans).
Paham tak? Kalau bahasa kedah orang panggil bebird buta kot istilah dia. Anak aku Muhammad memang ada masalah ni since baby and kami tak aware langsung tentang masalah ni”.
Ok back to Muhammad punya kes. Alkisahnya anak aku stop pakai pampers bulan 6 lepas dia sihat dari typhoid. So dalam proses potty – training aku perasan habits anak aku bila dia buang air kecil mesti ambil masa yang agak lama dari anak-anak sedara aku yang lain. Plus, bila dia buat project kecil beliau, mesti bebird dia kembung macam belon. Tapi time tu aku tak terlintas apa-apa masalah pasai Muhaammad tak pernah ada masalah buang air kecil baikpun besar.

Masalah mula timbul aku perasaan anak aku ada 1 tabiat yang suka buat aku risau. DIA SUKA PEGANG BEBIRD DIA! Setiap kali aku tegur dia jawapan yang aku dapat ‘Muhammad punya bebird keras la Mama’. Aku apa lagi meroyan mengamuk marah kat dia. Aku selalu ngadu kat mak aku ..kat mana la dia belajaq benda camni. End up aku akan marah dia and Muhammad akan mintak maaf janji tak buat lagi. Tapi..janji hanya tinggal janji.Muhammad still dengan tabiat dia.
Sampai la minggu lepas, disebabkan baba Muhammad cuti lama kami pun balik kampung mak aku di Hutan Kampung,Alor Star.Kebetulan sepupu-sepupu dia dari Shah Alam balik kampung. Muhammad nampak lain dari selalu. Dia jadi cengeng. Pantang salah sikit nangis, pantang silap sikit ngamuk pastu asyik pegang bebird dia.Kali ni dia ngadu cakap ‘Mama,bebird Muhammad sakit, tolong picit sat.’
Aku dah pelik. Aku belek bebird dia tak dak apa yang mencurigakan pun. Tapi dia still dok bagitau bebird dia sakit. Dia punya tonyoh bebird dia sampai nampak macam melecet. Semua ni berlaku dalam sehari. Kami terus bawak Muhammad pergi klinik berdekatan dengan umah mak aku. Kebetulan klinik tu nama KLINIK DR MUHAMMAD. So, Muhammad memang suka pi klinik Dr Muhammad dengan alasan doctor tu sama nama dengan beliau. Dasyat tak anak aku?? Hahaha.
Symptoms Phimosis
Kat sini la bermula kisah Muhammad dan Phimosis.
Sepanjang perjalanan nak pi klinik aku memang dah terlintas silap-silap anak aku kena khatan awal sebab masalah bebird dia ni.Aku gitau kat mak aku ngan husband aku pasai aku punya terlintas tu tapi mak ngan husband aku hingaq cakap aku ni drama ja lebih so aku ignore ja perasaan aku. Muhammad pulak makin menjadi ngadu sakit bebird dia. Bila masuk jumpa Dr Muhammad sekali tengok Dr Muhammad diagnosed anak aku ada symptoms Phimosis. Soalan yang Dr Muhammad tanya kat aku ada 4 soalan.
Soalan 1
Dr Muhammad tanya anak aku bila kencing sakit tak.Anak aku jawab tak.Aku dalam hati alhamdulillah anak aku tak dak masalah.
Soalan 2
‘Puan, bila dia kencing dia amek masa yang lama tak dalam toilet?’ Gulp..aku dah terkedu sat.
Soalan 3
‘Ada tak dia selalu pegang bebird dia macam satu habit?’Aku jadi terdiam sat.
Soalan 4
Waktu dia kencing bebird dia kembung tak macam belon and air kencing macam tak lancar..lama proses kencing tu?Soalan ni memang buat aku tewas. Sumpah lembik lutut time.

Anak aku ada semua symptoms ni since dia baby especially part kencing kembung macam belon tu.And aku aware ok cuma pasai kejahilan aku tak tau tu adalah symptoms kepada masalah anak aku. And guess what..the best treatment is of course as my thought CIRCUMCISION la..aku time tu dah lembik lutut nak kena berkhatan .
Anak aku baru cukup 4 tahun. Umur budak baru nak belajar lasak. Dah la tiba-tiba ja nk kena sunat.Bukan atas persetujuan bersama.Aku dah mula risau.Disebabkan aku punya cuak,Dr Muhammad terang yang Phimosis ni normal untuk baby.Semua baby melalui proses ni. Cuma dia start tak normal bila anak makin membesar tapi bebird dia still tak boleh nak ĺoceh..tak boleh nak tarik.
Disebabkan memang ada infection Dr Muhammad just bagi antibiotics and pain killer berserta refer letter as suggested by Dr muhammad hbis antibiotics pi hospital and jangan tangguh sebab saluran kencing Muhammad sangat kecil..kalau biar boleh affect buah pinggang..getting worse kalau Muhammad sampai tak boleh kencing. So lepas ambil ubat kami balik Sungai Petani sebab esoknya baba Muhammad kerja.
Bermula Azab
Pagi Isnin Muhammad bangun pagi dia langsung tak kencing. Padahal routine dia setiap pagi bila bangun terus lari ke toilet.Memang wajib untuk muhammad kencing di pagi hari. Tapi tak..!!Sikit pun tak!! Dia minum air banyak macam hari-hari tapi tak kencing..hampa ra.sa?? Dia still ngadu sakit tapi bebird dia dah tak merah nampak macam melecet. Guess what? ? 4 petang baru dia kencing and Muhammad nampak terseksa sangat..macam terseksa.
And dia dah start merengek balik.Kali ni siap ajak pi hospital nak potong bebird dia.Nampak dia makin tak keruan..aku call husband aku ajak pi hospital. Lepas husband aku balik terus kami rush ke hospital..lepas doctor dekat Emergency tengok terus Muhammad diletak bawah surgeon Dr Shazly.
Malam semalam jugak Muhammad admitted.Dr Shazly memang confirmkan memang PHIMOSIS and pagi esoknya Muhammad kena khatan.Kami terus setuju memandangkan Muhammad dah tak kencing and memang bahaya untuk dia. So Muhammad kena puasa malam tu since dia kecik lagi and khatan Muhammad special case , dia nak kena full bius. Ok kami setuju ja and sign consent form.

Hari Ditunggu Tiba
Hari ni 24hb October genap Muhammad 4 tahun 21 hari Muhammad dah jadi lelaki sejati (anak mama dah boleh kawen) and bila semua procedure setel and dia sedar ayat pertama dia ‘Mama..Muhammad dah tak sakit bebird’. And Dr Shazly memang cakap nasib baik cepat..saluran kencing Muhammad memang sangat sempit.Alhamdulillah kami cepat . Tapi sumpah aku still ralat tak aware dengan badan anak sendiri.
Pokoknya tolong la pantau urinary anak. Jangan la jadi macam kami.
Dah janji dengan Muhammad sihat nanti nak bawak dia tambah collection Thomas and friends dia.Setiap kali masuk ward bertambahlah collection beliau..hahaha.

Semoga perkongsian kisah ini bermanfaat buat mak ayah semua.
Sumber:Maizatul Akmal Abdullah Zawawi

Saturday, 28 October 2017

Amaran Ridzuan Presiden(Perkira) "PPIM Jangan Berlagak Samseng"


KAJANG – Ahli-ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) perlu belajar menggunakan pendekatan yang lebih harmoni menangani sesuatu isu tanpa perlu berlagak ‘samseng’..
Itu pesanan Presiden Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira), Mohd. Ridzuan Abdullah kepada NGO tersebut yang didakwa mula menyalahkan kerajaan dalam beberapa perkara selepas dikenakan tindakan perundangan selepas membela nasib pengguna yang menjadi mangsa penipuan.
Menurutnya, sikap sesetengah anggota badan bukan kerajaan itu yang cuba mengambil alih tugas pihak berkuasa meskipun mempunyai niat murni dalam membela nasib mereka yang ditindas tetapi cara yang digunakan tidak betul.
“Hari ini kita lihat ada tiga kategori NGO iaitu NGO terpelajar, NGO baru nak belajar dan NGO kurang ajar.
“Kerajaan perlu kaji NGO macam ini. Saya sebagai presiden sebuah parti politik sebelum ini pernah terlibat dalam pertubuhan NGO tetapi saya tidak buat perkara diluar batasan,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini malam ini.

Mohd. Ridzuan berkata demikian mengulas mengenai tindakan berani Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM, Ali Salimin yang didakwa di mahkamah kerana menceroboh sebuah stor di Kajang pada Julai lalu.
Pada Selasa lepas, Yusuf dan Ali didakwa di Mahkamah Kajang atas dua pertuduhan kerana menceroboh premis AGR Trade Sdn. Bhd. di Kajang.

Mereka dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM5,000 dan mahkamah menetapkan 24 November untuk sebutan semula.
Dalam pada itu Mohd Ridzuan menggesa, pihak yang mengawal pengoperasian NGO di pejabat perdana menteri supaya bertindak tegas terhadap NGO-NGO
“Kalau NGO ni kurang ajar panggil mereka, tanya apa masalah dia. Bukan biarkan begitu sahaja. Mesti ada sebab mereka begitu.
“Kalau NGO tu pro kerajaan panggil mereka kalau mereka meragam. Macam Ikhlas Yang Amat Berhormat pernah bantu beberapa kali untuk program usahawan-usahawan dan sebagainya.
“Pegawai di Jabatan Perdana Menteri kena lihat, mungkin PPIM jadi macam ini sebab tak dapat dana atau peruntukan dalam bentuk geran NGO dan sebagainya,” katanya juga merupakan Presiden Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas). –
sumber MalaysiaGazette via malaskomen

Isteri Perlukan 'Me Time', Tetapi Ramai Suami Tutup Rapat Mata Dan Telinga





Sentiasa beringat, isteri juga perlukan masanya sendiri untuk melakukan perkara-perkara yang dia minat dan suka. Bukan hanya suami sahaja yang perlukan 'Me Time'. Izinkanlah isteri mendapatkan 'Me Time'nya sendiri dengan rakan-rakan, adik beradik, saudara mara asalkan tidak melanggar batasan. 

Semoga perkongsian dari Tuan Akhtar Syamir ini memberi manfaat kepada anda semua.  

ME TIME

"Sayang, boleh tak hari ini sayang nak keluar dengan Kak Risz dan Ana? Anak-anak sayang bawa sekali, Ana pun bawa Aiman."

Belum sempat dia sambung, saya dah cakap "Boleh sayangku, jaga diri baik-baik, jaga anak-anak."

Kenapa saya terus benarkan tanpa banyak soal? Pergi mana pun tak tahu, balik pukul berapa pun tak tahu. Tapi main bagi je. Kerana saya nampak ini sebagai peluang. Peluang untuk memberi isteri saya dapat sedikit sebanyak 'Me Time' yang boleh. Saya sedang bekerja, jika tidak saya sendiri akan jagakan anak-anak untuk dia. Lagipun saya kenal dengan ipar-ipar Isteri saya itu.


APA SEBENARNYA 'ME TIME' INI YE?

'Me Time' ialah situasi di mana pasangan kita mendapat masa terluangnya SENDIRI dan dia bebas melakukan apa yang dia mahukan. Terpulang jika dia nak bawa anak atau tidak. Pilihan terletak di tangan isteri, tetapi mengikut kesesuaian keadaan juga. Kalau suami sedang bekerja, macam mana nak tolong jagakan anak, ye tak?

Sehebat mana pun kita biasa dengar pasal QUEEN CONTROL, sebenarnya kes di mana isteri tidak mempunyai kuasa untuk bersuara atau menentukan apa-apa dalam hidup adalah amat banyak. Cuma kita saja yang tidak tahu sebab isteri yang diperlakukan sebegini jarang berkongsi kerana tidak mahu mengaibkan suami dan dirinya sendiri.

Senario seperti suri rumah atau isteri yang bekerja tidak boleh melakukan aktiviti lain selain mengemas rumah, memasak serta menguruskan suami dan anak sahaja. Sebaliknya suami bebas mempunyai masanya sendiri seperti berjumpa kawan, memancing, berkonvoi kenderaan, bersukan sendiri di gym dan hobi-hobi yang lain sambil meninggalkan isteri di rumah yang setia menanti cinta hatinya pulang dari 'Me Time' mereka.

Soalan seperti, "Abang boleh, kenapa sayang tak boleh? Sayang pun nak keluar dengan kawan/ipar/adik-beradik juga." bakal disangkal dengan ayat berikut, "Awak tu isteri orang, anak pun dah berderet, duduk rumah jaga anak je. Itu tanggungjawab awak. Nak keluar buat apa?"

Amatlah kasihan apabila perkara sebegini terjadi di mana pasangan menutup rapat mata dan telinga tentang betapa pentingnya 'Me Time' buat isteri. Kenapa ianya penting? Kerana kita sebagai suami belum tentu mampu buat apa yang isteri kita buat SETIAP HARI

Jangan bohong jika ada suami berbangga berkata mereka boleh menggantikan SEMUA tugas isteri. Sehari mungkin, dua hari dah mengeluh, seminggu dah tension, sebulan dah naik gila. Memang tersangat penat. 

Kita kadang-kadang nampak senang kerana mereka hebat dan cekap dalam membuat kerja-kerja itu. Ambil contoh basuh berak anak saja. Bukan semua lelaki mampu. Itu tak masuk bab bagi makan anak. Kalau anak tak nak makan, terus kita biarkan saja. Sedangkan kalau isteri yang bagi, mesti dipaksanya habis sepinggan.


Salah satu komponen dalam 'Me Time' ialah rehat. Isteri kita perlukan rehat. Penat weh jadi suri rumah sepenuh masa. Penat juga menjadi suri rumah dan bekerja. Bagilah mereka rehat juga. Mungkin ada yang kata, "Saya tak perlukan 'Me Time', saya nak spend masa dengan anak dan suami je.". Bagus juga begini, tapi itu pilihan anda. Keluarga kita, kita corakkan BERSAMA. Bukan dari suami sahaja.

Komponen lain dalam 'Me Time' ialah bersosial. Bila dengar perkataan ini, saya jamin ramai suami yang dah mula marah. Bersosial tidak salah. Jika perkara buruk terjadi dari bersosial, orang itu sendiri yang perlu dipersalahkan. Bukan konsep bersosial itu. Bersosial dalam kawalan adalah amat baik di mana isteri meluangkan masa bersama adik beradik, kawan dan ipar yang kita kenal. Mereka tersangat perlukan perkara ini.

Bayangkan hari-hari menghadap muka kita dan anak-anak saja. Sedangkan kita pergi kerja dapat juga jumpa kawan-kawan. Janganlah pandang negatif perkara ini kerana ia amat memberi manfaat kepada isteri kita.

Akhir sekali ialah minat dan hobi. Kita sebagai suami ada minat dan hobi kita. Ada yang minat bermotor, kereta, memancing, gym, tengok bola, futsal, bowling dan lain-lain. Kalau kita boleh, kenapa kita anggap isteri kita tak perlu semua tu? Isteri pun manusia juga, kan?


Saya bukan nak ajar macam mana nak menguruskan rumah tangga. Cuma saya nak bukakan mata yang selama ini tertutup. Harap jangan salah faham dan buang ego dalam diri itu jauh-jauh. Kita bukan sentiasanya betul, termasuklah saya sendiri.

Berilah 'Me Time' kepada isteri anda, mereka layak dan perlukannya. Mesti mereka seronok kalau dapat keluar bersama rakan perempuan dan buat aktiviti perempuan yang kita sendiri sebagai lelaki mungkin tidak faham. Tahan ke nak menunggu berjam-jam mereka window shopping? Belum tentu kan?

Hasilnya, anda akan hidup dalam keluarga yang harmoni, toleransi dan isteri yang happy. Saya selalu tekankan, Isteri yang happy = Keluarga yang happy. Dan konsep "Kebebasan yang Terkawal" perlu diterapkan. Ianya umpama bermain layang-layang, bebas tetapi masih setia dengan pemegang benang.

Saya doakan semoga keluarga kita semua sentiasa bahagia sampai bila-bila. Dan jika apa yang saya sampaikan ini bermanfaat, silakan SHARE supaya dapat juga memberi manfaat kepada orang lain. 


PERASAAN ORANG YANG SUDAH MATI



"Orang yang mati awalnya tidak menyadari bahwa dirinya mati. Dia merasa dirinya sedang bermimpi mati. Dia melihat dirinya ditangisi, dimandikan, dikafani, disholati hingga diturunkan ke dalam kubur. Dia merasa dirinya sedang bermimpi saat dirinya ditimbun tanah. Dia berteriak-teriak tapi tidak ada yang mendengar teriakannya.

Beberapa waktu kemudian...

Saat semua sudah pulang meninggalkannya sendirian di bawah tanah. Allah kembalikan ruhnya. Dia membuka mata, dan terbangun dari "mimpi" buruknya. Dia senang dan bersyukur, bahwa ternyata apa yang dia alami hanyalah sebuah mimpi buruk, dan kini dia sudah bangun dari tidurnya.

Kemudian dia meraba badannya yang hanya diselimuti kain sambil bertanya kaget "Kemana bajuku? Kemana celanaku?" Lalu dia meraba sekelilingnya yang berupa tanah "Dimanakah aku?" "Tempat apa ini? Kenapa bau tanah dan lumpur?" Kemudian dia mulai menyadari bahwa dia ada di bawah tanah, dan sebenarnya apa yang dialaminya bukanlah mimpi! Ya, dia sadar bahwa dirinya benar-benar telah mati.

Berteriak lah dia sekeras-kerasnya, memanggil orang-orang terdekatnya yang dianggap bisa menyelamatkannya:
"Ibuuuuu....!!!!"
"Ayaaaaaah...!!!!"
"Kakeeeeek!!!"
"Neneeeek!!"
"Kakaaaaak!!!"
"Sahabaaaaat!!!"
Tidak ada seorang pun yang menjawab nya. Dia yang selama ini lupa pada Allah pun ingat bahwa ALLAH adalah satu-satunya harapan.
Menangis lah dia sambil meminta ampun
"Ya, Allaaaaaaah.... Ya Allaaaaaaah.... Ampuni aku ya Allaaaaaaah....!!!"
Dia berteriak dalam ketakutan yang luar biasa yang belum pernah dirasakan sebelumnya sepanjang hidupnya.
Jika dia orang baik, maka muncullah dua malaikat dengan wajah tersenyum akan mendudukkannya dan menenangkannya, menghiburnya dan melayaninya dengan pelayanan yang terbaik.
Jika dia orang buruk, maka dua malaikat akan menambah ketakutannya dan akan menyiksanya sesuai keburukannya.
Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapa ku, keluarga ku,saudaraku dan setiap orang yang meng-klik Suka, share & berkomentar "aamiin" dan jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak pantas berada di SurgaMu. Aamiin...
.
Sobat sekarang anda memiliki dua pilihan ,
1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini
2. Membagikan pengetahuan ini kesemua teman facebookmu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu. Aamiin..
Boleh di SHARE sebanyak mungkin!!

Jom Like page tunakhabaqsat

Wednesday, 25 October 2017

Luahan Sayu Ustaz Ebit Lew Untuk Yusuf Azmi PPIM Buat Netizen Sebak




Hari air mata..

Tengah malam dapat berita sahabat yang kusayangi kerana Allah akan ditangkap dan di dakwa..Tuan Yusuf Azmi dan Abang Ali…

Pagi-pagi ni terus bergegas ke balai polis kajang. Dari semalam bermesej dengan beliau. Kata beliau ustaz jangan sedih. Kita ada Allah..di mana-mana pun dakwah kerja dan tugas kita semua. Cukuplah Al-Quran dan isteri menjadi peneman hidup ini..

Orang yang banyak tolong orang siang malam. Senang-senang ditangkap dan nak didakwa.

Ya Allah ini sahabatku yang baik berjuang walau baru kenal.. Tetapi terasa perjuangan dan pengorbanannya untuk insan yang ditindas dan teraniaya.. Katanya rasa cinta dan sayang pada manusia kerana Allah sebab kita buat semua ini.

Ya Allah ya Rahman Ya Rahim ya Aziz ya Jabbar ya Mutakkabbir. Jagakanlah dan peliharalah yusuf azmi,abang ali dan ppim. Berilah kekuatan buat ahli keluarga, isteri, ibubapa dan anak-anaknya yang dicium setiap hari. Ya Allah berilah hidayah kepada kami dan setiap pemimpin negara ini. Berilah hidayah kepada semua polis. Berilah hidayah kepada hakim. Kepada peguam negara. Berilah hidayah kepada setiap dari orang Islam. Letakkanlah rasa kasih sayang dalam hati kami semua. Ya Allah hancurkanlah kebathilan dan kuasa bathil. Tegakkanlah kebenaran dan amanah dalam diri kita semua

Ini pula petikan dari FB Yusuf Azmi yang begitu sayu tapi masih terasa ketegasan dan kebenarannya




Sumber – FB Ebit Lew & FB Yusof Azmi



Jom Like page tunakhabaqsat

'Syikin, tolong mak... tolong mak'



“Syikin, tolong mak... tolong mak.” Itu jeritan terakhir mangsa, Noriah Kasa, 40, ketika menghubungi anak sulungnya, Norasyikin Zuryanidufizan, 22, ketika dia tersepit dalam kemalangan dua bas kilang di Kilometer 147 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Tol Juru, hari ini .
Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga Norasyikin sehingga sekarang selepas ibunya disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu.
Norasyikin berkata, dia ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki van kilang sebelum menerima panggilan ibunya.




“Ibu pergi kerja terlebih dahulu menaiki bas manakala saya menaiki van dan berada jauh dari basnya.
“Arwah menelefon saya dan meminta tolong beberapa kali sebelum panggilannya terputus,” katanya.
Menurutnya, dia tidak tenteram ketika berada di dalam van yang berhenti akibat terperangkap dalam kesesakan trafik.
“Saya kemudian menghubungi rakan saya (Mohd Sabri Azhar) memintanya menjemput saya di tepi lebuh raya.
“Ketika itu saya cuba menghubunginya namun tidakberjawab,” katanya.
Sementara itu Mohd Sabri berkata, dia kemudian menjemput Norasyikin dan membawanya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum diberitahu bahawa ibunya meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dalam kejadian 5.30 pagi, hari ini, lapan wanita terdiri daripada tujuh warga Indonesia dan seorang wanita warga tempatan (Noriah Kasa) maut.

Sumber:Harian Metro


Tan Sri Musa Hassan Pula Dedahkan Siapa 9 DRAGONS


MASIH lagi hangat dengan cerita kongsi gelap 9 Dragons Malaysia susulan pendedahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini.
Semalam MiLo SuaM ada menyiarkan kembali kenyataan bersumpah seorang pegawai polis berpangkat ASP yang menceritakan bagaimana “tangan ghaib” mengawal PDRM di Johor.
Kali ini, kita siarkan pula pendedahan yang dibuat oleh Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara (KPN) tentang isu hubungan antara kumpulan “underground” (kongsi gelap) dengan pihak polis.

Dalam satu wawancara, Tan Sri Musa menceritakan kembali kisah bagaimana semasa beliau menjawat jawatan sebagai CPO Johor (Ketua Polis Johor), beliau telah mengarahkan ketua-ketua kongsi gelap di negeri itu ditahan.

Tindakan itu menyebabkan ramai ketua-ketua kongsi gelap melarikan diri ke luar negara.
Oleh itu beliau telah mengarahkan pihak polis pada waktu itu untuk membuat satu senarai tangkapan. Jika ketua-ketua kongsi gelap ini pulang ke negara ini, mereka akan segera ditangkap.

“Saya mengarahkan pegawai-pegawai saya pada masa itu, buat satu senarai, bila mereka balik tangkap, mereka ini terlibat dengan pelacuran, terlibat dengan dadah, terlibat dengan macam-macam (aktiviti haram),” katanya-malaysiabolehbro.com
Tindakan tegas itu katanya telah menimbulkan kemarahan pihak-pihak tertentu yang terlibat dengan kegiatan haram.
“Apabila saya buat begitu, banyak pihak-pihak ataupun kumpulan-kumpulan, yang terlibat dengan kegiatan haram, (jadi) marah.”

“Jadi oleh sebab itu apabila saya tegas sangat di sana, mereka yang atas ni dah ‘complaint’ terutama sekali memberitahu kepada IGP (Ketua Polis Negara) terdahulu, memberitahu saya ni pasal apa mengambil tindakan-tindakan begini,”
“Pasal apa you tak ‘control’ CPO (Ketua Polis),” katanya.

Ahli politik pun bela kongsi gelap

Tan Sri Musa turut mendedahkan, ada ahli politik tertentu yang datang ke pejabatnya, tidak berpuas hati apabila ketua-ketua kongsi gelap yang ditahan adalah rakan-rakannya.

Katanya lagi, hubungan kongsi gelap dengan pegawai-pegawai polis dan ahli politik memang sudah lama wujud-malaysiabolehbro.com
“Bila saya mengambil tindakan terhadap kumpulan ‘underground’ (kongsi gelap) ini, memang terlibat dengan kawan-kawan mereka, termasuk pegawai polis atau pun orang politik, mereka dah lama wujud,” dedahnya.

Katanya lagi, mereka (ahli politik dan pegawai polis terlibat) ini menjadi marah kerana habuan yang disebutnya sebagai “duit extra” (duit haram) mereka terjejas.
Dedahnya lagi, kumpulan kongsi gelap ini mampu mengawal ahli politik dan pegawai polis kerana mereka menjalankan aktiviti haram seperti dadah, pelacuran, pemerdagangan manusia, dan pengubahan wang haram

Punca Sebenar Nahas Bas Kilang.




BUKIT MERTAJAM: Bas kilang yang rosak dan terlibat dalam kemalangan di Km147 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Juru, di sini dikatakan dipandu laju sebelum asap dan api keluar daripada bahagian enjin kenderaan itu.

Seorang penumpang bas kilang itu Rafizah, 22, yang juga warga Indonesia berkata kebanyakan pekerja kilang di dalam bas itu tinggal di asrama yang disediakan majikan mereka Simpang Ampat, Sungai Bakap, dekat sini dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke kilang Sony di Perai.

"Saya tak tidur dan semasa dalam perjalanan bas memang dipandu laju...ada beberapa penumpang nampak asap keluar daripada bahagian enjin dan kami terus beritahu kepada pemandu bas tetapi dia masih terus memandu bas malah lebih laju.

"Asap itu makin banyak malah ada api turut keluar dari bahagian enjin, saya terus menjerit kepada pemandu dan dia berhenti di tepi jalan sebelah kiri sebelum tiba-tiba bas kami dilanggar daripada belakang," katanya kepada Bernama semasa ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini hari ini.

Beliau yang baru setahun bekerja di Malaysia berkata keadaan menjadi kelam kabut dan bas mereka ditolak sehingga ke tengah jalan dan ketika itu beberapa penumpang terpelanting keluar daripada bas berikutan rempuhan yang sangat kuat.

Rafizah yang duduk di bahagian tengah turut terpelanting hingga ke depan berkata ramai penumpang dalam bas itu menjerit dan menangis ketakutan.

Sementara itu, kakak seorang daripada mangsa kemalangan itu, Wirda, 36, berkata adiknya Rosa, 19, yang baru enam bulan bekerja di Pulau Pinang cedera parah pada kepala, belakang badan serta kaki.

Beliau yang tinggal di Pulau Pinang sejak enam tahun lepas dan berkahwin dengan rakyat tempatan, berkata beliau terus bergegas ke Hospital Seberang Jaya sebaik mengetahui mengenai kemalangan itu daripada rakan adiknya.

"Tapi hingga 11.30 pagi ini saya belum dapat berjumpa dan mengetahui keadaan Rosa kerana pihak hospital memaklumkan dia masih dirawat di bahagian kecemasan. Wakil dari kilang minta kami bertenang dan saya harap dia (Rosa) tidak parah dan dapat pulih.

"Sebelum ini saya juga telah beberapa kali pesan kepada Rosa supaya jangan tidur ketika dalam bas kilang kerana bimbang berlaku kemalangan dan tidak sempat buat apa-apa," kata Wirda.

Kakak seorang lagi mangsa kemalangan, Aziah, 29, juga rakyat Indonesia, berkata hingga kini beliau belum mengetahui nasib adiknya Faridah, 20, yang turut terlibat dalam insiden itu.

"Saya ada tanya kawan dia yang sudah terima rawatan tapi mereka beritahu tidak tahu keadaan Faridah kerana tidak nampak di bahagian kecemasan. Semasa kejadian saya sedang bekerja di kilang Perai dan terus datang ke hospital untuk mengetahui apa yang terjadi," katanya.

Sumber: BERNAMA


Tuesday, 24 October 2017

Baby Boy Atau Baby Girl



Baby Boy Atau Baby Girl. Ini Tips Yang Dikongsikan Oleh Cikgu Kimia Mengikut Logik Sains Selain Usaha & Doa.

Salam..

Post kali ni akan share ilmu yang tak seberapa bagi sesiapa yang merancang sama ada nak baby boy atau baby girl untuk next pregnancy.

Alhamdulillah saya dan suami dah mencuba dan diizinkan Allah untuk mendapat baby girl, anak ke 2 kami. Maka sepasanglah anak kami setakat ni. Terima kasih.

Buat suami Mhafiz Mahadar yang turut memberi kerjasama, tak sia-sia kan usaha awak saat melihat anak perempuan awak lahir ke dunia.

Ingat lagi tak subjek biologi di sekolah dulu? Bagaimana jantina anak ditentukan?

Sperma membawa kromosom XY dan Ovum membawa kromosom XX. Apabila persenyawaan berlaku peratusan jantina lelaki dan perempuan adalah 50-50.

Maka perlu diingatkan jantina bukanlah faktor genetik. Perlu diingatkan merancang jantina perlulah dilakukan sebelum merancang untuk hamil. Once dah berlaku persenyawaan, cara saya ni tak berkesan dah.

Bagaimana untuk kita menambahkan keberangkalian persenyawaan itu akan menghasilkan perempuan ialah kita kena paham apa sifat kromosom X dan Y terlebih dahulu.

X tempoh hayatnya lebih panjang tetapi pergerakan lebih perlahan.

Manakala Y tempoh hayatnya pendek tetapi pergerakannya adalah lebih laju.

Keadaan berasid adalah lebih sesuai untuk X manakala Y lebih suka keadaan beralkali.

Disini lah saya mula berfikir macam mana nak jadikan perkara asid alkali ni (cikgu kimia la katakan).

Tips:

1) Pemakanan.

Jika mahukan baby boy, suami perlulah lebihkan memakan makanan laut (seafood).

Manakala jika mahukan baby girl, suami perlulah memakan daging sama ada ayam atau lembu.

Kenapa suami? Kenapa bukan isteri??

Kerana suami yang bawa kromosom Y yang mana menentukan boy atau girl. Maka suami-suami main peranan besar kat sini ok.

Apa yang saya dan suami usahakan ialah sebulan (bulan rancang nak hamil bermula daripada hari pertama saya period) suami dilarang makan apa-apa jenis seafood.

Sebulan memang hari-hari sumber protein yang suami ambil hanyalah ayam, daging atau telur. Sampaikan ayah beli ketam dan siput sedut pun dia kena telan air liur je. Suami tak ada masalah untuk ni sebab dia memang suka ayam dan daging.

Selain tu, suami juga kena lebih makan masam. Yang ni mencabar sikit untuk suami sebab dia memang tak suka buah masam-masam, tapi direlakan juga bila isteri beli buah yang masam untuk dia.

Isteri juga boleh membantu dengan lebihkan mengambil makanan bersumber tenusu. Susu, cheese dan butter.

Saya kongsi ni lebih kepada untuk baby girl, so kalau nak boy, kena sebaliknya. Elakkan makan masam dan isteri elakkan makanan tenusu.

2)Tempoh bersama.

Yang ni susah sikit sebab kita sendiri tak tau bila waktu subur kits kan?

So, ada 2 cara nak tau waktu subur.

Yang pertama senang je, pegi farmasi beli Ovulation Test. Bentuk dia lebih kurang macam pregnancy test. Cara nak guna bole tengok pada kotaknya.

Ataupun cara ke 2, hanya boleh dipakai bagi sesiapa yang kitaran haidnya sama setiap bulan. Yang ni nak senang, guna app period. Kita boleh tengok corak kitaran haid kita.

Bagi yang kitarannya sama setiap bulan, tolakkan jumlah kitaran dengan 14, maka hari itulah waktu subur dia.

Waktu subur bermakna hari ovum dilepaskan oleh ovari. Contoh (30-14), maka hari ke 16 itulah hari subur.

Ok, kenapa penting nak tau waktu subur?

Tadi kan dah cerita pasal tempoh hayat X dan Y.

Jika mahukan baby girl, perlu bersama 2 hari sebelum hari subur. Ini disebabkan Y yang hayatnya pendek itu akan mati sebelum ovum dibebaskan untuk bersenyawa. Yang tinggal hanya X. Maka jadilah XX(girl).

Kalau nak baby boy, terbaliklah jadinya. Perlu bersama pads waktu subur. Y yang bergerak laju akan sampai terlebih dahulu kepada ovum untuk disenyawakan. Maka jadila XY(boy).

Ok itu saja tips yang saya dan suami gunakan. Banyak sebenarnya tips lain kalau googles. Tapi yang lain saya tak jumpa logik sainsnya, maka malaslah nak follow. Saya suka buat sesuatu yang ada sebab jelas. Kan dah kabo tadi saya cikgu sains kan. Hehehe.

Jangan lupa, DOA senjata utama. Tak guna usaha tanpa doa.
Minta sungguh-sungguh pada Allah. Semoga tips ini dapat memberi manfaat pada yang membaca.

Kredit: Taibah Nurwahidah Mohamad.

Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia


Monday, 23 October 2017

PENDEDAHAN “9 DRAGONS” OLEH SEORANG ASP….PENGAKHIRAN YANG SANGAT MENYAYAT HATI….


ANTARA cerita paling panas minggu ini ialah pendedahan oleh PPIM tentang wujudnya sindiket yang digelar sebagai “9 Dragons” didakwa sangat berpengaruh sampai boleh mengawal Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pendedahan itu secara tak langsung menjelaskan kepada kita persoalan mengapa pusat-pusat judi haram, dan rumah-rumah pelacuran berselerak di seluruh negara tidak pernah dapat dihapuskan.
Apa sahaja namanya, 9 Dragon ke 10 Dragon mahupun beribu-ribu lemon Dragons, kisah yang didedahkan oleh PPIM berkisar tentang sindiket haram tertentu yang mengawal PDRM
Perkara ini jelas sekali serupa dengan dakwaan dalam kenyataan bersumpah oleh seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) bernama Mior Fahim Bin Ahmad (K/P Polis No: G/13237) yang tersebar satu masa dahulu.
Anggota polis berkenaan telah mendedahkan secara panjang lebar dan terperinci dalam akuan bersumpahnya tentang bagaimana individu-individu tertentu yang terlibat dengan aktiviti judi haram di Johor telah menjadi “tangan ghaib” mengawal PDRM.
Beliau turut mendedahkan bagaimana pegawai-pegawai tinggi dalam pasukan PDRM telah dikuasai oleh sindiket tersebut. Sampaikan pegawai polis yang baru berpindah di Johor, akan ditemubual oleh wakil sindiket itu.
Pada penghujung kenyataan bersumpah itu, Mior Fahim meluahkan rasa amat tertekan apabila tindakannya di dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram telah menyebabkan dirinya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib polis.
Enam pegawai polis dan dua individu kongsi gelap telah menandatangani akuan bersumpah mendakwa pegawai-pegawai tinggi polis, sehingga Ketua Polis Negara mempunyai hubungan dengan sindiket dadah, judi haram, pelacuran, dan ahlong yang berpengkalan di Johor dan telah memperluaskan operasi mereka ke seluruh Malaysia.
Seorang lagi pegawai polis telah membuat laporan mendakwa keluarganya telah diculik oleh ACA bagi memaksanya menukar kenyataan, sementara ketua CCD dan peguamnya telah ditahan dan didakwa atas tuduhan-tuduhan jenayah sebagai hukuman kerana menangkap ketua kongsi gelap di bawah Ordinan Darurat.


Berikut ialah pengakuan bersumpah ASP Mior Fahim yang pernah viral bertahun dahulu:
Saya, MIOR FAHIM BIN AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya  berikrar dan menyatakan seperti berikut:-
1.    Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan (ASP) di Cawangan D7 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.
2.    Pada 21.08.2006, saya telah terima arahan kenaikan pangkat dari C/Insp ke ASP melalui E-Siar. Kenaikan pangkat saya berkuatkuasa mulai 01.07.2005.
3.    Pada September 2006, saya telah berjumpa dengan KBPD IPD Kota Kinabalu – DSP. CHEW THAM SOON dan meminta bantuan beliau untuk menguruskan penempatan saya jawatan SIO Kota Kinabalu seandainya beliau mempunyai kenalan di bahagian perjawatan Bukit Aman, disamping itu saya juga telah memohon bantuan beberapa pegawai kanan lain yang saya kenali.
4.    Saya telah berjumpa dengan DSP. CHEW THAN SOON dan saya bertanyakan penempatan saya. Kemudian saya dimaklumkan beliau telah mencadangkan saya ke jawatan D7, IPK Johor. Saya tidak bersetuju dan meminta beliau untuk mengekalkan saya di IPD Kota Kinabalu. DSP CHEW THAM SOON meyakinkan saya untuk pertukaran ke D7 Johor.
5.    Pada November 2006, saya mula dikenalkan kepada BK TAN. Saya bersama DSP. WAN HASSAN (Tim. Komandan PULAPOL Kota Kinabalu) di bawa oleh DSP. CHEW THAM SOON ke sebuah pejabat yang terletak di bangunan AM-CORP, Petaling Jaya, Selangor.  Kami telah berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai BK TAN. Dalam perjumpaan terebut DSP. CHEW THAM SOON telah mengenalkan saya kepada BK TAN.  Kemudian saya telah ditemu bual oleh BK TAN berhubung pengalaman kerja.
6.    Semasa perjumpaan tersebut, telah datang seorang lelaki Cina gemuk yang mengenalkan dirinya sebagai AH HON. Dalam temubual tersebut, BK TAN memberitahu bahawa apabila saya bekerja di bahagian D7, IPK Johor, hendaklah bekerja dengan baik. BK TAN juga beritahu saya AH HON merupakan orang yang menjaga ZON SELATAN dan memberitahu sekiranya ada apa-apa hal AH HON akan berhubung dengan saya. Kemudian telah masuk seorang lelaki Melayu di pejabat sebelah, lalu BK TAN telah pergi menyambut lelaki tersebut.
7.    DSP CHEW memberitahu saya bahawa lelaki melayu itu adalah salah seorang Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) iaitu DATO’ OTHMAN TALIB, yang mempunyai hubungan baik dengan BK TAN, dengan tujuan memudahkan urusan untuk kenaikan pangkat di masa hadapan.
8.    Dalam waktu yang sama, masuk seorang lelaki Cina pendek ke Pejabat tersebut. AH HON telah mengenalkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah PT-D7 JOHOR (DSP. NG FOOK LONG). DSP CHEW juga memberitahu saya bahawa BK TAN mempunyai perhubungan yang amat baik dengan TAN SRI KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK TAN. DSP CHEW juga menunjukkan seorang lelaki melayu yang sedang bekerja di pejabat bersebelahan dan memberitahu bahawa orang itu adalah anak lelaki TAN SRI KPN. Sewaktu saya di pejabat BK TAN, saya juga lihat AH HON telah membawa keluar satu arahan pertukaran yang baru keluar dan arahan pertukaran tersebut dibincangkan oleh mereka bersama.
9.    Pada Disember 2006, saya telah menyemak E-Siar dan mendapati nama saya terdapat dalam arahan pertukaran tersebut untuk melapor diri sebagai ASP D7, IPK Johor. Pada hari yang sama juga AH HON telah menghubungi saya melalui talipon dan bertanyakan kepada saya bila hendak melaporkan diri dan meminta saya untuk melaporkan diri dengan cepat.
10.    Lebih kurang 2-3 hari selepas arahan pertukaran keluar, saya telah menalipon beberapa pegawai kanan yang saya kenali ACP ROSLI MD ISA, DCP DATO’ MOKTHAR BIN HASSAN, ACP AZIZAN ABU TAAT yang pernah bertugas di Johor. Mereka menasihatkan saya supaya  berhati-hati dengan sindiket ekor haram dan pelacuran di Negeri Johor.
11.    Pada 16.01.2007, saya telah melaporkan diri di IPK Johor. Apabila saya melaporkan diri, AH HON telah menghubungi saya dan memaklumkan rumah telah disediakan.  Saya kemudian telah terus pergi ke rumah tersebut di Bistari Impian, Larkin dan berjumpa dengan tuan rumah. Tuan rumah tersebut adalah seorang perempuan Cina. Saya bertanyakan tentang harga sewa sebulan dan beliau mengatakan harga biasa adalah RM1,200/- sebulan tetapi beliau menawarkan untuk saya hanya dengan RM900/- sebulan dan pada masa yang sama juga saya meminta beliau untuk menyediakan surat perjanjian sewa rumah. Beliau mengatakan “Tuan duduk dululah nanti baru kita kira”.
12.    Semasa saya melaporkan diri kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG, beliau telah meyampaikan beberapa arahan penugasan dan memberi arahan semua serbuan boleh dibuat ke atas aktiviti haram kecuali judi empat nombor ekor haram dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.
13.    Pada 28.02.2007, saya telah terima sms dari AH HON dari talian no. 017-2551255 yang berbunyi “Tolong Ambil Tindakan Serta Merta 4A(a) atas Tiga Tempat berikut No. S38, S25A dan S37 Jalan Bukit Batu 11, Kulai Johor.  Tugasan dari atas tengah perhatikan. Jangan balik kosong”. Saya kemudian telah memaklumkan kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG dan beliau pun mengatakan ada menerima sms yang sama. Saya memberitahu DSP NG FOOK LONG, “Kita pegawai polis dan tidak boleh ikut arahan AH HON” yang saya dapati ahli sindiket haram. DSP NG FOOK LONG hanya mendiamkan diri.
14.    Pada awal Mac 2007, saya telah keluar dari rumah yang disediakan oleh AH HON dan mencari rumah sewa sendiri di Bandar Baru Uda. Saya telah menguruskan sendiri penyewaan dan perpindahan ke rumah tersebut.
15.    Saya juga telah terima sms dari AH HON, dimana AH HON meminta maaf di atas arahan beliau untuk buat serbuan. Selepas dari itu, tiada perhubungan lagi dengan AH HON.
16.    Sekita waktu sama pada awal Mac 2007, saya telah terima maklumat dari anggota D7 iaitu SM/D.94894 Manimaran, Sjn/D.104700 Raja Kumar, Sjn/D.88548 Tow Pong Yew, L/Kpl/D.115161 Asmawi Bin Utar dan Sjn. 89379 Yassim Bin Malek – dari IPD Kluang, Johor bahawa sindiket TENGKU (GOH CHENG POH) dibawah seliaan AH HON telah aktif menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram dengan memonopoli seluruh Negeri Johor, dimana TENGKU mempergunakan Pegawai dan Anggota D7 untuk membuka kes fail ke atas mana-mana ajen/penganjur yang tidak tunduk kepada sindiket tersebut. Mana-mana pegawai dan anggota tidak mengikut telunjuk sindiket ini akan ditukarkan ke PGA.
17.    Ada diantara anggota D7 yang tidak dapat menerima perkara ini telah memohon untuk bertukar keluar dari D7, IPK Johor tetapi tidak disokong oleh PT-D7 terdahulu iaitu DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SI/D.59920 NG SWEE MIN. Atas sebab tersebut, saya telah mengeluarkan arahan kepada Pegawai D7 dan anggota D7 supaya mendapatkan maklumat ke atas kegiatan  sindiket TENGKU untuk penyediaan kes fail.
18.    Pada 28.03.2007, sepasukan Pegawai dari D7 Bukit Aman, Kuala Lumpur yang di ketuai DSP. ZAWAWI telah membuat serbuan/tangkapan ke atas dua (2) pusat pengiraan judi empat nombor ekor loteri awam haram iaiatu di Taman Sri Putri, Kulai Johor dan Taman Sentosa, Johor Bahru. Dalam tangkapan tersebut sejumlah 32  buah mesin faks dan tujuhbelas (17) orang telah ditangkap bersama lebih kurang 3,000 helai “ekod of stake”, Rujuk: Kulai Report: 2588/2007 dan Johor Bahru Selatan Report: 7295/2007.
19.    Hasil dari risikan yang diperolehi dari tangkapan-tangkapan di atas, saya telah membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat langsung dengan TENGKU. Manakala kes fail terhadap TENGKU tidak dapat dibuka kerana kekurangan “statement”. Tiga (3) orang subjek yang diambil tindakan kes fail adalah bernama:-
(a)         SOH KING SIANG;
(b)         LIM CHIN CHAI; dan
(c)         LEE YOKE HAN.
20.    Ketiga-tiga kes fail ke atas subjek terserbut diatas telah diedarkan ke D7, Bukit Aman, untuk kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ord. Darurat (KA & MJ) 5/69. Namun, sehingga kini ia masih belum diluluskan.
21.    Kemudian dari itu, saya dapati tigabelas (13) orang dari tujuhbelas (17) tangkapan di atas telah membuat laporan Polis dengan mendakwa saya dan anggota-anggota yang terlibat dalam soalsiasat dan merakam percakapan risikan telah memukul mereka semasa dalam tahanan dan rakaman percakapan risikan, dimana kebanyakkan tangkapan adalah wanita tua.
22.    Akibat daripada laporan yang di buat oleh tangkapan-tangkapan di atas, satu pasukan TATATERTIB diketuai oleh DSP. Navamaney telah merakamkan percakapan saya dan anggota terlibat. Siasatan Tatatertib menjurus kepada membantu kepada pihak sindiket, sedangkan saya dan anggota tidak menggunakan sebarang kekerasan terlebih lagi terhadap wanita tua. Selang dua hari kemudian, saya dapati DSP. Navamaney telah dinaikkan pangkat P/SUPT.
23.    Pada 30.03.2007,  saya dan anggota D7 telah menangkap tiga (3) orang subjek di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 yang merupakan ahli sindiket TENGKU. Butiran diri mereka adalah seperti berikut:-
(a)     CHAI NGEW;
(b)     CHIN YEW FAH; dan
(c)     TAN LEE POEY
24.    Subjek (i) dan (ii) telah ditahan di lokap Balai Polis Larkin, dimana ketiga-tiga mereka ditahan untuk tempoh 60 hari sementara arahan KKDN.  Selepas sembilan (9) hari kemudian, ketiga-tiga subjek di atas dibebaskan tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya merupakan IO kes fail. Mereka telah dibebaskan oleh P/DSP. NG FOOK LONG di atas arahan DATO KHALID BIN ABU BAKAR – Tim. Pengarah JSJ 1 – (Operasi/Risikan). Setelah meneliti ketiga-tiga kes fail tersebut, saya dapati mereka dibebaskan dengan alasan, telah insaf, tiada kekerasan dan menjalankan aktiviti secara individu, sedangkan arahan PJSJ No. 2/2005 masih dikuatkuasakan.
25.    Pada 29.05.2007, saya telah meneliti E-Siar dan mendapati lima orang pegawai D7, IPK Johor telah ditukarkan keluar dari Bahagian D7, IPK Johor dan salah seorang pegawai saya bernama C/INSP. SUNDAR RAJAN A/L ELLUMALAI (I/12413) telah ditukarkan-ke PGA SIBU. Saya dapati pengawai ini ditukarkan kerana beliau telah terlibat dalam merakamkan percakapan risikan ke atas seorang tangkapan bersabit J.BAHRU REPORT: 7295/2007 yang mendedahkan secara positif penglibatan TENGKU dalam penganjuran aktiviti perjudian empat nombor ekor loteri awam haram. Selain itu, pegawai ini juga aktif dalam menangkap ajen-ajen menulis judi empat nombor ekor loteri awam di bawah sindiket TENGKU.
26.    Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram yang membabitkan sindiket dibawah naungan TENGKU dan BK TAN boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian  Tatatertib. Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik  saya.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.
DITANDATANGANI DAN DIIKRAR            )
SESUNGGUHNYA oleh  MIOR FAHIM BIN     )
AHMAD (G/13237) tersebut di atas di Kuala Lumpur    )
pada                  haribulan                       2007        )
Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah
Saudara Mior Fahim ditemui mati dalam tahun 2014. Kematiannya dilaporkan selepas hilang ketika mandi di air terjun Sungai Tungku, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun Gerik.

Semoga roh Allahyarham dilimpahi rahmat oleh Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Jom Like page tunakhabaqsat

“MAK AYAH TOLONG LAH PANTAU URINARY ANAK, JANGAN LAH JADI MACAM KAMI..”

“Mak Ayah Tolong Pantau Proses Perkumuhan Anak2 Anda!, Jangan Jadi Macam Kami” – Maizatul Akmal Jadi mak ayah setiap perkembangan da...