Powered By Blogger

Monday, 23 October 2017

Keburukan tidur lewat dan tidur yang tidak menentu ..






Kita selalu disarankan untuk tidur awal di antara tujuh hingga lapan jam setiap hari. Tapi harus diakui bahawa kita sebagai manusia sememangnya sukar untuk mendisiplinkan diri dalam melakukan perkara yang patut dan dikehendaki. Para pelajar terutama universiti mahupun kolej selalunya mengalami masalah untuk tidur pada waktu ditetapkan atas alasan menyiapkan tugasan yang tertangguh dan belajar pada tidak kira waktu. 
Orang yang selalu dan suka berjaga malam akan cepat merasa lapar dan cenderung untuk makan di waktu malan. Nak mudah dan cepat makan Maggi. Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran.
Pelbagai keburukan tidur lewat Dan bangun lambat boleh dikesan. Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
1
Punca utama kerosakan hati adalah:
-Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
-Tidak buang air kecil di pagi hari.
-Terlalu banyak makan.
-Tidak mengambil sarapan.
-Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
-Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
-Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
-Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Seharusnya sebagai manusia yang menjalani kehidupan normal kita perlulah  mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastikan tubuh kita mudah untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Kurangkan makan makanan segera, lagi-lagi jika anda jenis yang berjaga waktu malam sehingga lewat pagi.
Perubahan masa yang tidak menentu dalam pemakanan malahan tidur menyebabkan pelbagai kesan buruk bukan sahaja pada sistem perendaran badan malahan menyebabkan masalah dalam hubungan sosial dan perlakuan contohnya, kurang berkomunikasi, cepat marah dan letih, selalu tidak berpuas hati dengan diri sendiri serta daripada perbuatan orang lain, tekanan di tempat kerja mahupun dalam pelajaran serta tidak boleh memberi fokus dalam melakukan tugasa harian


No comments:

Post a Comment

“MAK AYAH TOLONG LAH PANTAU URINARY ANAK, JANGAN LAH JADI MACAM KAMI..”

“Mak Ayah Tolong Pantau Proses Perkumuhan Anak2 Anda!, Jangan Jadi Macam Kami” – Maizatul Akmal Jadi mak ayah setiap perkembangan da...